Klik-klik tahu, tolong menolong

Friday, November 5, 2010

BAHAGIA......

BAHAGIA.........
Semua org bercakap mengenainya.............
Pelik sekiranya ada sesiapa menyatakan yang dia tidak ingin merasa bahagia dalam hidupnya.....
Ini kerana pencarian bahagia adalah peroses yang dilalui oleh semua makhluk yang berperasaan...........
Namun bagaimana kah cara terbaik untuk menilainya????
Bagaimana menentukan kita bahagia atau tidak????
BAHAGIA....
Adalah suasana senang,aman damai serta gembira...
Itulah definisi bahagia dalam kamus.....
Namun....Apakah definisi bahagia buat makhluk bernama manusia??????.....
.
.
"Kebahagiaan ada pada cinta..selama manusia mencari kebahagian untuk dirinya sendiri,bukan untuk bersama org lain...,maka selama itulah dia tidak akan berjumpa dengan kebahagiaan"...
Benarkah begitu???????
Adakah tanpa cinta manusia tidak bahagia???
Pencarian bahagia dimanakah kesudahannya....
?
?
.............????................

Tuesday, October 26, 2010

BOM...


Salam....
Hari ni Hani nak cita pasal bom..bom apa tu????....bom btul la...he3..
Gempar sekejap kawasan gemas apabila seorang pemandu jengkaut temui bom kat kawasan
tebing sungai gemas...dia temui 30 Mortar dan ratusan peluru...
Berhenti sekejap dia apabila terjumpa ..benda ganjil tu...dia turun tgok . dia dapati mmg mortar tu dah berkarat dan disaluti lumpur....dia takut benda tak elok berlaku dia pun buat la laporan polis...
sepasukan anggota pemusnah bom datang dan mendapati semua bom dan peluru masih aktif...
di percayai peninggalan tentera perang dunia ke 2... tapi tak pasti bom dan peluru ni di tinggal kan oleh tentera british atau jepun kerana keadaan nya yang sudah berkarat..
projek nak buat landasan berkembar elektrik tu kna la di berhentikan sekejap..atas faktor keselamatan.... letupan terpaksa di buat berperingkat2..bermula 26hb 10 ni mungkin ambil masa 2 atau 3 ari ..nak pastikan semua bom dan peluru tu musnah...pic ni dari jauh je la...sbb tak dapat masuk dekat...tu pun hani copy dari kawan je..Hani tak g pun tgok walau pun dekat je ngan umah...

Dari pic yang diambil ni bersepah rasanya bom dan peluru ni....
bahaya2...
Dua pic ni je yang dapat di copy...biasa la bila nak masuk dekat mmg tak dapat ... bila polis dah kawal....

Monday, October 25, 2010

HUJAN.....


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images

Tenang jiwa tgok hujan ......
Hani suka hujan bila hujan Hani minta dan doakan sesuatu.....
Moga apa yang di doa akan dimakbulkan.....
Hujan turun lah kau selebatnya ...Biar kain tak kering pun tak apa ..hahaha...
Siapa suka main hujan macam Hani ...
jom kita main hujan .....

Saturday, October 16, 2010

ANAK KU....

Salam semua.....
Hari ni tak de pula plan nak g mana2...lagi pun anak Hani yang sulung tak de dia g perkemahan pengakap....boring juga tak de simulut celoteh tu...klu kak long ada...ada je benda yang dia nak tanya..kita yang penat nak menjawab di buatnya......bila dia tak de terasa sunyi la pula....
Kak ngah biasa la...bukannya lekat kat umah klu ari2 cuti ni ada je aktiviti yang dia buat...
Masa pergi anta kak long petang jumaat ari tu kak ngah ikut juga..nak tgok kak long pegi katanya...
dalam keta Hani tanya dia..."ANGAH NAK IKUT KAK LONG PEGI KE"....
dia pusing tgok Hani pas tu dia senyum.....
lama juga baru dia jawab.....
"TAK NAK LA IKUT IBU, TAKUT ANGAH..NANTI KENA KUNYAH DENGAN HARIMAU KAT DALAM HUTAN TU"....
Hani ngan kak long ketawa..geli hati dengar jawapan dia..entah apa yang dia fikirkan pun hani tak tau.....Lepas tu Hani pun terang la kat dia apa yang ada kat tmpat perkhemahan tu...
dia senyum je....
Masa kak long salam nak turun kereta tetap gak dia cakap kat kak long....
"LANTAK KAU KAK LONG NANTI KNA KUNYAH DENGAN HARIMAU"
Kak long dia senyum je la.....
Hari ni hari ahad tgok la apa angah dah buat ngan batu tumbuk hani..

Nak marah pun ada ...nak ketawa pun ada....entah masa bila dia ambil pun Hani tak tahu dengar2 dah bunyi org menumbuk kat luar....nak marah kesian pula....biar la dia nak main benda tu....janji tak bahaya....
kekadang geli hati tgok telatah anak2 ni.....
anak2 adalah anugerah terindah dari allah.....


Friday, October 15, 2010

KENANGAN............



DISAAT AKU MENYINTAIMU......................

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


Lagu yang menyentuh perasaan...Entah knapa bila dngar lagu ni sedih sangat...adakah lagu ni akan jadi kenangan untuk Hani suatu hari nanti....
kenangan untuk masa hadapan.......
abadikan kat sini selamanya.....

Wednesday, October 13, 2010

LAYAN JE....

Salam...
Mlm ni nak wat entri pasal cita kat tv3..Dari mula ikut cita philippine ni macam best je...boring2 tak de kja..tgok la cita ni..mula tgok gitu2 je..tapi bila dah mula tgok macam best je..
Hani ni jarang sangat tgok tv...tgok tv ikut mood....
Tapi entah knapa bila tgok drama (STAIRWAY TO HEAVEN)ni macam best pula..tak sabar nak tgok sampai penghujungnya....
Adakah sebab pelakonnya yang kacak dan cute sangat pelakon perempuannya...buat Hani suka tgok..atau pun sbb jalan ceritanya yang sedih...


Dapat kah mereka bersatu setelah bayak yang mereka lalui....ada kah lagi kekasih yang setia seperti dalam cita ni....

comel nya pelakon ni...suka Hani tgok dan lakonan nya pun boleh la tahan...jalan cerita yang menarik buat dia jadi lagi cantik he3...siapa nak tgok boleh la tgok kat tv3 ..jam 3 sampai kul 4 ptg...
JOM TONTON......


Monday, October 11, 2010

SALAM.....
Hari ni hari yang sangat2 bosan....Kepala Hani ni macam nak tercabut rasa pening nya...entah knapa pun tak tahu laaaa....selalu klu mkn ubat kjap dah ok ..ni dari tagh ari sampai ptg ttp sakit lagi....ubat dah berlambak telan...
Stres ke hani sampai jadi macam ni..ada tekanan ke...selalunya klu pening ni itu la puncanya...Rasanya tak de kut....mungkin tension sikit je la...
huhuhu.....
Tekanan atau stres boleh pengaruhi tubuh melalui pelbagai cara..stres boleh buat kita gelisah...
mmg hani gelisah hari ni......
mungkin itu yang buat hani pening...
bekalan darah hani tak cukup sampai ke otak ke.....hahaha....ke sbb selalu tido lewat mlm...kekurangan tido pun yer juga...
buat hani pening ni....
macam mana nak bebaskan diri dari masaalah...klu masaalah tu tak dapat nak di selesaikan...
terpaksa juga la di pendam dan disimpan....nak diluah takut nak di telan sayang..ha3..

sesiapa yang stres jom kita baca doa ni sama2 ...moga2 dapat kurangkan stres....

Friday, October 8, 2010

JOM MAKAN...

salam semua....
Hari ni cutikan..anak2 tak sek..macam2 yang di minta nak mkn....tgah siap hani nak g kedai ..cari la kunci kereta..mana pula kunci kereta ni..semlm lepas naik letak kat tempat gantungnya..pagi ni dah hilang pelik la pula...tgah sibuk cari terdengar macam enjin keta dah berbunyi ..buka pintu tgok2 anak yang kecil si angah tersenyum kat dalam keta..rupa nya masa hani tgah mandi dia awal2 lagi dah hidupkan enjin keta...nak ikut la tu...
Sampai kat kedai ..ANGAH CAKAP..."Ibu angah nak makan mee la ibu?"..
Hani pun ambil la mee .."BUKAN MEE NI IBU"...Habis tu "MIHUN ke"....cakap Hani ...
BUKAN JUGA..."sambil angah gelengkan kepala"..
Benda apa yang angan nak ni..."Hani pun dah pening kepala"..
DAH SIAP HANI BELI BARANG BASAH...dah nak bayar baru angah cakap..
"MEE YANG KITA MAKAN KAT UMAH CIK ZIRA ARI TU"
(UMAH JIRAN HANI LA )..OOOOO
baru hani tau mee apa yang dia nak mkn...puas hani cari kat kedai kat sini tak de pula mee tu.....
setahu hani mee tu kat kedah je ada kut..."TAK DE LA ANGAH MEE TU KAT SINI"NANTI BALIK KEDAH IBU BELI OK...(HANI PUJUK DIA)..
Muka dah muncung...cian pula.. Cari juga kat pekan tapi mmg tak de jual...
Dah pusing2 tak de terus balik je la..sbb dah nak masak...jam pun dah tagh ari...
masa balik jiran tgah ampai baju cita2 la ngan dia yang si angah nak mkn mee tu....pas tu jiran cakap "ADA KAT UMAH SBB BALIK KEDAH ARI TU ADA BELI LEBIH"..jiran tu pun mmg orang kedah..."BOLEH LA JUAL KAT HANI SATU CIAN PULA ANGAH NAK MKN"
Memag ada rezeki angah....
Hani pun goreng la mee tu senang juga keja ..tak yah masak nasi sbb dah semua nak mkn mee tu je...nak masak nasi mlm nanti la pula......
klu malas mlm ni... makn kat kedai la jawabnya...

Ni la mee nya...kat plastik tulis mee sanggul..kat kedah mmg org panggil mee sanggul..klu kat tempat lain tak tahu la apa namanya...mee sanggul ni pun keras juga sebelum masak kna rendam dulu...sampai dah lembut baru boleh goreng...ingat masa arwah mak ada mmg dia suka makan mee sanggul ni..Hani pun suka gak ..tapi bila emak dah tak de terlupa pula mee ni sampai la si angah nak makan...
jom makan....

Thursday, October 7, 2010

BACA JE LA..

Salam semua...
NAK TANYA NI....
Perempuan yang nak dekat datang period kuat mkn tak...
Terasa Hani mmg kuat mkn rasanya..itu yang Hani rasa.....sbb selera makin menjadi2..
Tapi jangan risau kuat makan waktu tu tidak akan myebabkan badan kita gemuk...
wanita dengan gemuk mesti takut kan dengar..hehehe.....
Itu kerana...kandungan hormon progesteron pada tubuh kita jadi semakin meningkat..ini myebabkan metabolisme badan juga meningkat..
Metabolisme ialah proses pemakanan beralih menjadi jirim yang diserap untuk kegunaan anggota berkenaan bagi mghasilkan tenaga..walau pun kita mkn berlebihan pada waktu itu..
sistem metabolismenya juga bertambah..jadi berat badan tidak akan bertambah..
jangan takut untuk makan klu lapar pada waktu sebelum kedatangan period...

PENAH BUAT UJIAN KOLESTEROL TAK.....

Hati ni terasa teringin nak buat..tapi oleh kerana takut ngan jarum hehe...diam je la...ye la lepas raya ni macam2 kita mkn ..nak tahu gak kadar kolesterol kat dalam badan ni..bila kita dah tahu lagi senang kita nak mngubah diet..(jenis makanan yang boleh kita mkn)..
Bagi umur yang dah lebih 20 tahun tu memang perlu la buat ujian ni....
bila dngar nak kna ambil darah ..seram pula bagi yang penakut jarum cam hani ni...
siapa yang penah buat cuba bagi tahu sakit tak.....
bila baca pasal kolesterol ni takut juga...
sbb kandungan lemak yang berlebihan dalam darah boleh myebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah..keadaan ini boleh menyebabkan pembuluh darah jadi semakin sempit dan akibatnya tekanan darah meningkat....kes ni la boleh jadi darah tiggi kut...
siapa yang malas nak g klinik buat test...
untuk mencegahnya....

KURANG PENGAMBILAN GARAM..
Kurang pengambilan garam dalam mkn kita...tapi klu dah kna pyakit darah tinggi ni..elak kan la makanan yang terlalu bergaram ni....

SENAMAN JUGA PERLU...
Tak yah yang berat2 senamannya berjalan pun dah cukup baik..dapat 30 minit pun ok gak...
laku je yang ringan2..cita pasal bersenam ni dah lama hani pun tak bersenam...he3

PENGAMBILAN SAYUR DAN BUAH...
Makan la sayur yang hijau2 tu...tapi masak dulu la...
klu buah tak pe la..

TERAPI STRESS..
Terapi ni nak bagi kita tak marah2 bila dah marah darah pun naik la membuak2..orang tak kna darah tiggi pun membuak2 darah bila marah...susah nak control bila dah marah...

BERHENTI MEROKOK..
Siapa2 yang dah sakit tu bawak2 la berhenti merokok....
klu sayang badan la...klu tak sayang isap la bayak2...

JAUHI UBAT..
Kalau nak beli ubat kat kedai tu baik fikirkan la..
lebih baik dapatkan nasihat doktor tuk mkn ubat ni...mkn ubat sewenang2nya pun bahaya juga...

JOM KITA SAMA2 JAGA KESIHATAN....


Sunday, October 3, 2010

SUASANA JAMUAN RAYA KAT DALAM KEM....

salam semua.........
Lepas raya ni mood malas telah melanda....semuanya malas..nak blogwalking pun malas nak wat entry lagi la....entah apa dah jadi pun tak tau la... tapi hani selalu masuk gak kat blog kekawan baca entry dan klik walau pun hani tak tgal msej di box...
lepas balik dari kg ni ..bayak pula open house yang di buat kawan2 nak tak nak kna la pegi juga...
bila dah pegi biasa la..semuanya dimakan..bila dah kenyang ..mata pula main peranan...tu yang jadi bertambah malas tu.....
semlm last pegi jamuan raya kat kem...tahun ni rasa macam meriah sikit..
layan je beberapa pic yang hani ambil ni...
Ni masa mkn ..makannya boleh la tahan....yang bestnya budak2 la...
Dalam 20 minit tgah mkn..datang pula 2 orang badut naik keta mini comel...bawak belon apa lagi budak2 ni terus hilang..yang tgh mkn pun lari ikut si badut nak kan belon ...
suasana dah hiruk piruk jadinya dngan budak2...
bayak aktiviti yang dia org buat tapi hani tak dapat nak letak sbb pic dia kabur...biasa la tangkap guna tel kesayanggan je..huhuhu...
majlis selesai dalam kul 11 mlm...
ujan mula turun renyai2.. semua duduk kat dalam kemah sambil tgok bunga api last untuk penutup...

habis je bunga api meletup kat atas tu ...semua org bersurai..ada yang berlari2 ujan termasuk la hani..ujan dah mula lebat....

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA ......

SALAM SEMUA ...
Minggu ni ,,minggu terakhir semua orang dah bersiap sedia tuk balik kg...
kesempatan ini hani nak ucap selamat hari raya tuk semua kekawan...
hani dapat satu kad raya comel....
terima kasih
Adik TQAH yang comel...

Comelkan.....
kad yang bawah ni tuk semua kekawan dari Hani....

Doa dari Hani semoga semua kekawan bahagia dan gembira di hari raya ni ...

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA...
SEMOGA SELAMAT TIBA....
JOM BALIK KAMPUNG.....

Tuesday, August 31, 2010

RAGAM ANAK2 SEKARANG.......................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!


Tuesday, August 24, 2010

MAAFKAN HANI.....

salam....
Hati ni terasa resah sangat malam ni macam ada yang tak kena....
hani dah minta maaf dngan seseorang tapi macam tk di mafkan...mungkin perasaan tu masih ada sbb rasa bersalah hani ....yang buat seseorang terluka hari ini ...tapi ikhlas hani tak terniat pun nak sakiti dia..ia jadi macam tak di sengajakan.......itu lah perasaan yang susah dimengertikan.....

MAAFKAN AKU ............................................

KIRANYA TINGKAH KU MELUKAIMU......
KIRANYA SIKAPKU MENGUSIK JIWA MU...
KIRANYA KATA-KATA KU MENGANGGU EMOSI MU...

KADANG-KALA IANYA TANPA SEDARKU...
MUNGKIN JUGA DILUAR PENGETAHUAN KU....
MALAH SERING KALI TAK TERDUGA OLEH KU.....

TAPI KETAHUILAH OLEH MU....
AKU MEMANG SEDIKIT PUN TAK TERNIAT
WALAU SEBESAR ZARAH SEKALI PUN
UNTUK MELUKAIMU.....



semoga esok masih ada harapan.....untuk senyum dan riang seperti selalu....

AWARD.........

Terima kasih adik yusuf...sbb bagi award ni....atau lebih dikenali dngan
.......ULTRAMAN....
Nasib la mlm ni tak bizi sangat sempat la buat klu tak tak tau la bila nak buat....walau pun simple tetapi masa tak ada tu yang susah...
emmm....soalan nya pun senang je tak yah peningkan kepala...yang dah mmg pening hari ni.....
NYATAKAN MAKANAN KEGEMARAN BERBUKA DAN BERSAHUR.....
BENDA BERKUAH...SUPAYA TAK TERCEKIK....
MILO NGAN ROTI..KLU DAH TAK LALU MKN.....
KICAP TELUR.............
NASI GORENG............
SAMBAL UDANG.........
AYAM GORENG.........
SOTONG GORENG.....
Nak cari lima rakan nak di tag.....
tak tahu nak tag siapa...
huhuhu.......
dah siap......pada sesiapa yang hani tak ambil awad hani minta maaf bukan tak nak tapi hani dah lupa siapa yang kasi....sbb sibuk sangat....seingat hani mmg ada yang hani tak ambil.....
minta maaf k....

Sunday, August 22, 2010

SEKADAR PERKONGSIAN....

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas
selain terhibur anda fikirlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat
orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam..

Friday, August 20, 2010

CINTA......


Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi ,Cinta membawa penderitaan,tetapi Cinta tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,

” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”

Jawab titis air mata kedua tu,

” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata

sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,

tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain

perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.........



Wednesday, August 18, 2010

AIR MATA RASULULLAH SAW......

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Renung-renungkan lah................

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADAN ....







Salam ramadan untuk semua umat islam.....
Hani sambut ramadan tahun ni meriah sangat.....dengan kekawan2...tapi mmg lain la kat negeri sembilan ni sambut ramadan ..macam sambut hari raya...siap buat lemang ..rendang..kuah kacang...semua ada....klu kat kampung Hani biasa je sambut ramadan tak de la buat apa2 pun...
satu hari kami gotong royong siapkan semuanya ...

Mula petang jumaat anyam daun kelapa buat ketupat beras......
ni orang yang pakar buat dia ..nampak senang je kan...

ni dah hampir nak siap...

he3..ni dah sebakul siap...sepetang mngayam ...Tapi Hani mngayam ni la jadi pula..lain sikit..

he3..jadi apa ni....yang pasti mmg Hani tak reti nak buat ..kna blajar lama sikit buat ketupat ni...
Besok dalam kul 10 mula la operasi memasak.....









Semua kja dah di bahagikan..ada yang perah santan..ada yang masuk daun pisang kat dalam
buluh...ada pula yang masukkan santan yang dah digaul dengan pulut kat dalam buluh yang dah siap dengan daun pisang....dah siap pun ...lemang dah boleh dibakar...

Ketupat dah dimasukkan beras di rebus dan siap jadinya...beras kna masuk pun separuh je takut nanti mentah pula..sbb tak dapat kembang beras tu terlampau padat...
Siap semua kat atas nak buat rendang pula..

Ni bahan nak buat rendang....Ayam dan daging dah siap di potong dah di basuh.....tunggu masuk dalam kuali je ...dalam penat2 buat semua tu sempat lagi kita orang memasak untuk makan tgah ari..masak simple je tapi bila dah ramai2 sedap pula..



Dah siap mkn mula la buat rendang.....tak yah la tunjuk mesti semua pandai buat rendangkan...

Jeng2 semua dah siap...yang atas tu rendang daging campur daun maman..klu kat kg Hani daun tu buat pijak2 je..tak tahu pula boleh dimkn..bila dah masak ngan daging sedap pula ...yang sebelah tu pula rendang ayam campur daun puding..rasa pahit2 sikit tapi sedap juga..macam maman juga daun dia ada rasa pahit2 sikit...yang lagi satu ni kuah kacang untuk dimkn ngan ketupat beras tadi..

Dah siap masak semua dah lepak borak2 sambil mkn..
best juga sama2 masak ..makan sama2...

Ni baru nak mula puasa....nanti hari raya...Rumah pula kna serbu....siap la...
.
.
.

Thursday, August 5, 2010

BETUL KAH ADA POCONG....

Salam semua.....
Hari ni Hani nak cita pasal pocong.....mesti semua org penah dengarkan...baru ni ada orang heboh2 pasal pocong kat tempat Hani ni..entah btul ka tak Hani pun tak tahu la..sbb Hani tak nampak sendiri ..Tapi ramai yang dah nampak..minta simpang la Hani mmg tak nak nampak pun benda2 cam ni....
Sebulan lepas belakang umah Hani ni ada org meninggal..tak yah la sebut siapa kan.. mengaibkan orang tu pula..entah dia ke tak pun Hani tak pasti...tapi ramai yang nampak mmg la (dia )orangnya..kkdang Hani terfikir.....knapa orang yang dah mati nak jadi pocong pula ..
pelik...pelik...
Tapi yang nampak pocong tu pak imam dekat kawasan Hani ni ..sampai demam pak imam tu kata mereka....pocong tu minta buka ikatan kat atas kepalanya....
aduh...nak ketawa pun ada...dengar cita cam tu...takut pun ada juga....
Lepas pak imam tu nampak ramai lagi la yang nampak...
semua orang dah takut kat kawasan Hani ni...
Ada orang yang mengatakan orang yang kebumikan dia lupa nak buka ikatan kat atas kepala dia ..sbb tu dia minta tolong orang bukakan...
yer ke....
sesiapa yang tahu tolong jawab kan......
macam2 Hani dengar cita pasal pocong tu....
cian pula pada arwah yang dah meninggal..anggapan buruk orang cita pasal dia....
Hani wat entri ni tak de maksud nak mengaibkan sesiapa......
saja nak kongsi cita pocong ni je...
jangan wat pocong tu marah kat Hani dah la....
takut la pula.....
sbb wat cita pasal dia....
Macam ni kah rupa dia...pic ni curi kat google je....


Tuesday, August 3, 2010

STREAMYX......OH....STREAMYX



Apa kena la pula dengan line tel Hani ari ni.....
tetiba je ..tut..tut..tut...macam apa tah jadinya..dengan line tak de..streamyx pun tak de line......
ohhhhhhhhhh.....geram betul.....
bila la nak ok pun tak tau.....harap2 tak la lama jadi cam ni sbb Hani nak blogwalking tak dapat ...
guna brodband line macam ....

berejam2 nak loding satu blog...bosan tuggu....
LAPORAN DAH DIBUAT TUNGGU JE LAAAAA.........

.
.
.
SABAR JE LA........

Monday, August 2, 2010

AWARD.........

salam semua...
Dalam malas-malas nak menconteng blog ni Hani dapat lak award yang comel....
Terima kasih bebanyak la kepada....

http://hakimu90.blogspot.com/
atau pun di paggil dngan ....HAKIMU ..

malas nak jawab soalan nya k.. so ...HANI NAK UCAP TRIMA KASIH JE LA...
Tentang blog (hannyskyleto)dan blog (hakimu)...
Dua2 cantik....cute dan simple.....
Terkejut ..opppp...
tgok awardnya ..yang cantik.....
Happy sangat dapat award ni..walau pun blog hani ni tak de apa yg menarik dan cantik pun...
Thank u sekali lagi...
Untuk bagi pada dua org hani tak tau nak bagi kat siapa lagi...
nanti2 la fikirkan....
...........
.
.
.
.
Yang kedua ni pula award friend ...
Trima kasih juga untuk OZZY....(http://ozzy2u.blogspot.com)

Nak bagi kat siapa pun hani tak tahu lagi....
simpan je la dulu award ni...
............

Thursday, July 29, 2010

HOBI.....

SALAM SEMUA......
Sebenarnya tak tau nak up date apa kat dalam blog ni....Ni nak cita pasal hobi...Semua org ada hobi kan...macam hani ..hobi suka membaca...pantang dapat buku mesti habis buku tu hani baca ...
Dengan ada blog ni lagi la hani suka sbb dapat masuk kedalam blog kekawan dan baca macam2 cerita..ada info baru dan sebagainya...walau pun Hani jejarang buat entri baru ..tapi Hani suka masuk singah kedalam blog kekawan untuk baca..nak2 blog
......NANAJOE.....
Untuk Nana.. Hani nak ucap kan trima kasih sbb tolong buatkan Hani banner yg cantik ni ...
banner ni bermakna tuk Hani sbb ada MAMA&PAPA.....
.....OZZY......
Blong ni pun hani suka masuk juga...yang hani baca salah satunya dia tulis entri...SUSAHKAH MASAK....
Sebenarnya tak susah.. boleh belajarkan klu tak tahu tapi perkataan 'M' tu yang buat ianya jadi susah...klu 'M' tu dah menguasai diri semua kja tak kan jadi....
....PADIN.....
Ini pula bloger yang paling ramah..siapa tak kenal padin...mesti semua bloger2 knalkan..orang yang paling mudah mesra dengan orang lain..ada je benda yang nak dibualkan..mmg tak segan la klu bercerita dengan dia ni...Banyak juga awad dia dapat..he3 itu tanda ramai yang sukakan dia..tahniah la Padin.....
...ULTRAMAN_88.....
Ni blog yang rajin cita pasal kartun dan cita2 penyelamat dunia..hahaha..agaknya dia nak jadi ultraman kut tapi tak kesampaian..cita2 hantu pun rajin gak dia tulis..tapi semenjak2 ni dia tulis pasal cinta..hehe bercintakah dia.....
jangan marah yer adik......
......KAK YATIE....
Ni pun blog kesukaan hani..cita dia bab masak aje..bulan puasa dah dekat ni nanti boleh la curi resepi kat blog kak yatie ni...semuanya cam sedap je..Padin juga la yang knalkan hani dengan kak yatie ni...hari ni masuk tengok kak yatie masak" Ayam goreng madu petaling"... cam sedap je.....
........
Banyak lagi la blog kekawan yang hani suka baca..nak tulis semua sampai esok pagi la tak tido jawabnya...kalau Hani tak lawat blog kekawan atau tak buat bw tu... tau tak hani wat apa...

Ni la keja hani...baca novel....ni koleksi yang separuh hani ada...separuh je la yang hani ambil pun...yang lain ada lagi...bila dah habis baca simpan la buat koleksi...
bila dah tak de apa nak baca lagi hani pegi la lepak libry...tu la tempat no 2 hani ...tempat nak hilangkan boring...klu bosan2.. klu ada masaalah di libray tu la tempat hani lepak....
Tenang je bila kat libry..tahu tak sebab apa..sebab tempatnya sunyi je..tak ada gagguan suara hehe...kepala pun tak serabut...klu bebudak bising ...pasti akan ada satu suara bercakap....
.....DIAM.....
....SEMUA TERDIAM.....
.....HANI PUN TERDIAM LA SAMPAI DISINI......

Saturday, July 17, 2010

ENTRI KOSONG....

SALAM ...
Dua minggu ni hari yang paling malas nak wat entri..sesemuanya malas ..Hani pun tak tahu knapa kemalasan ni melanda...sesuatu yang buat mood hilang..Adakah Hani tgah fikirkan sesuatu.....
ENTAH LAH.....
Jiwa Hani resah sangat sekarang ni...Tapi klu fikir pun tak kan ada penghujungnya.....
btul la klu kita fikirkan sesuatu kita tak kan dapat tumpu pada yang lain..balik2 itu juga yang akan kita fikirkan...
RESAH...GELISAH...SEDIH ...KECEWA ...
Namun Hani berserah pada tuhan ....
Mohon diberi ketenangan....dan lapangkan hati Hani ni....
Itu je yang mampu Hani buat sekarang ni....

Ya..allah berikan lah ketenangan tuk hamba mu ini.....


Mungkin ini dugaan untuk ku....untuk terus sabar mengharunginya...

Kalau di beri pilihan Hani ingin terus merindui mu...
selamanya.....
SELAMA HANI MASIH BERNYAWA.....