Klik-klik tahu, tolong menolong

Saturday, June 26, 2010

SEPETANG BERGOTONG ROYONG....

SALAM SEMUA.........
Hani dah buang lagu kat bawah tu sbb dah lama dngar jadi boring lak...Hani dah boring apatah la kekawan yg masuk..mesti terasa boring....Hani tinggal di taman sentosa...taman yg sentiasa sentosa sbb jiran2 yang baik lagi mesra ..
seronok sangat tinggal kat taman ni sbb org2 kat sini rajin wat mkn2..rajin wat aktiviti riadah...
Petang sabtu kami reramai wat mee kari tuk mkn mlm nanti...
jam 3 ptang Hani mgantuk sangat tapi terpaksa la gak pegi tolong dia org..tak kan nak pegi mkn saja pula dah namanya pun gotong royong...
terpaksa korbankan tido huhuhu...
Dalam 5 kluarga ada la yg join mkn2 ..pegi siapkan bahan2 nak buat mee kari je..senang je la kerja nya potong2 je la...ada yg buang kulit kerang ..tugas hani cuma potong sayur dan basuh je barang2 yg dah siap dipotong..keja ramai2 ni tak la penat sangat..yang best tu dapat dok borak2 kosong...dah siap memotong,membasuh ..masak la pula...
masa masak sempat la hani ambil beberapa pic..sbb hani tak masak cuma tolong tgok je..masak ni dah ada org yg selalu masak dah he3...yang best tu masak guna dapur kayu macam masak kenduri kawin pula..
cik abang ni mmg rajin pun.......

Yang pempuan tukang masak yg lelaki tukang kacau...yg penatnya nanti tukang basuh periuk yg hitam tuuu.....ha3..tapi tu semua kja para2 suami...bagus suami2 kat taman ni sbb tolong org2 perempuan masak.....
Ni pula para2 suami yg dah tak de keja nak wat dok lepak2 sambil jaga anak2....yer la sbb org pempuan dah masakkan...sambil jaga anak sambil minum ptg....
Ini lah para2 istri yg bergotong royong ari ni hingga siap mee kari tuk makan mlm ni...

klu tak wat berramai2 cam ni mmg lambat la kja nak siap tapi dah reramai wat dalam 3 jam semua dah siap ....yang lebih tu byak sembang2 je la...sementara nak tggu magrib....
Ni la barang yg dah siap tapi tak dapat ambil semua ...mana yang sempat tagkap je la....sbb masa tu hani pun sibuk gak tolong2 apa yg patut nak cepat siap ....cepat la rehat....

Oleh sebab hari yg dibuat tu jatuh hari jadi hani jadi hani pun bli la kek sebiji tuk dijadikan pencuci mulut lepas dah mkn mee....Benda ni mmg tak di rancang pun tapi nak dijadikan rezeki sambut besday kat taman dibawah pokok mangga...itu la tmpat kami selalu buat mkn2...tiap2 mlm tu la tmpat kami lepak2 borak2 klu tak de keja nak buat sembang hal2 semasa ..dan bincang apa2 yg akan dibuat pula untuk besok...hani mmg sayang nak pindah sbb tinggal kat sini mmg lain sangat....Tak sunyi walau pun hubby tak de sbb kekawan ramai....
Ni baru betul keknya.....blueberry coklet...Ni la suasana mlm dibawah pokok mangga....

Bila dah kenyang ni la jadinya bersepah...kek yg cantik pun dah dipotong2...tapi kemas tetap sama2...yg lelaki apa lagi sibuk tgok bola la...mlm ni kan korea lawan...masing2 sokong pilihan masing2 ...siapa kalah kna belanja mkn tuk mlm esok lak...he3..rupanya korea kalah jadi kluarga Hani dan 2 kluarga lagi kena belanja mkn untuk mlm besok pula.....
sbb kami sokong korea......
huhuhuhu..........

Friday, June 25, 2010

ENTRI UNTUK DIRI SENDIRI...

Salam semua tuk kekawan blog...sebenarnya tak de cita pe nak tulis he3..ada sorg insan tu nak sangat baca cita terbaru...so Hani pun buat la entri ni tuk diri sendiri...bila dengar lagu ni rasa sedap sangat sampai tertidur..bila bangun teringat nak masuk kan lagu ni dalam blog ..nyanyi tuk diri sendiri he3...siapa nak ikut nyayi pun boleh gak...
bestnya klu dapat kek secantik ni tuk hari lahirkan..syag nak mkn sbb cantik...

Macam kek kenduri kawin je ha2....apa salah klu wat kek cam ni tuk hari lahirkan...
Hani suka tgok ...cantik sangat ...siapa yg suka angkat tangan sama2....
esok ari sabtu 26hb6.... besday Hani ..dah tua setahun rupanya....






TRIMA KASIH untuk teman2 yg sudi masuk ke blog Hani ni walau pun tak de entri menarik...kkadang masa yg sibuk buat Hani tak dapat nak buat entri ...
TRIMA KASIH UNTUK SEMUA......



Friday, June 18, 2010

SEPETANG DI JUSCO MELAKA......

Salam semua tak de apa yg nak di tuliskan hari ni...saja je nak kongsi cerita masa di jusco tadi. .si kecil Hani merenget2 nak mkn piza ..So Hani pun ajak la hubby pegi jusco melaka terlanjur hubby pegi Melaka ada kja kami pun ikut la sekali ...
Pertama kali Hani g jusco tu.. baru dibuka besar jugak dan org nya boleh tahan ramai..
Dah masuk dalam ikut pintu depan yg tertulis jusco tu...
berjalan terus cari piza dulu..bila .....
dah jumpa oder la piza yg baru ..nak rasa piza yang baru kluar rasa kurang sedap sikit..tapi dah kerana lapar habis juga piza tu di mkn...

Tengok la dah bersepah kat atas meja tuu.....

Ni la adik dan kakak yg bersemangat nak makan piza......
Lepas dah kenyang sempat jalan sekejap kat dalam tu..
tapi tak lama sbb kna balik awal sbb esok kami nak g KL pula..
Hani terpegun tgok kecantikan yg dibuat daripada belon digubah menjadi pelbagai rupa bentuk.. Jom kita layan tgok pic yg Hani ambil...


Ni pic ikan yg cantik tergantung kat tgah2 jusco tu......cantik sangat....tapi semua benda tu tak leh sentuh tgok dari jauh je mungkin takut tercucuk ke..kang meletup pula ...ha3..



Ni je la pesta belon yg Hani sempat tangkap..bayak lagi pic tapi ada yg tak berapa elok..almaklum la pakai tel je...Tengok jam dah kul 6 kami pun kluar la dijusco tu g tempat paking..dah penat kat dalam tu boleh lupa paking keta kat mana..he3...puas gak cari ..mana taknya masuk pintu depan kluar ikut pintu belakang...ha3...


Thursday, June 17, 2010

MUTIARA KATA........

WANITA........

Wanita di ciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah....
bukan juga dari tulang rusuk bawah untuk dipijak......
tetapi.....
Terletaknya tulang rusuk itu dibahagian dada dan berdekatan dengan hati dan tangan.....
Bermakna....tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasan kasih dan sayang......................
.
.
.
.WANITA ITU SENDIRI ADA LAH RAHSIA...
Nafsu dan akal mgatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya.....
Minda mengatakan wanita cantik atas dasar ilmunya....
dan kepandaiannya...
dan
Hati mgatakan wanita cantik atas ..
Akhlaknya.....

Untuk tetapan hari ini....


Tuesday, June 8, 2010

SABAR SEORANG ISTERI............................

AL-Ashma'i salah seorang menteri pada zaman khalifah AL-Manshur kluar berburu pada suatu hari.Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan,dia terpisah daripada kelompoknya dan tersesat ditengah padang pasir.
Dia mula kehausan dan dikejauhan dia melihat sebuah khemah yang terasing.Dia memacu kudanya dan bertemu penghuninya,seorang wanita muda dan jelita.Dia meminta sedikit air...
wanita itu berkata..
"Ada sedikit air tetapi aku persiapkan untuk suamiku
Ada sisa minuman ku klu engkau ingin ambillah"....
Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada.Dia memandang kumpulan debu dikejauhan...
"suami ku datang "katanya..
Wanita itu kemudian menyiapkan minuman dan kain pembersih...
suaminya seorang manusia yg kasar..Lelaki tua yg bengis dan kasar......
Mulutnya tidak henti mengherdik isterinya...
Namun tiada perkataan pun yg kluar dari mulut perempuan itu..sebaliknya dia tenang sambil membersihkan kaki suaminya...menyerahkan minuman..dan memimpin suaminya masuk kedalam khemah dengan mesra...............
Sebelum pergi..,AL-Ashma'i bertanya,
"Engkau muda,cantik,dan setia...Kombinasi yg jarang2 terjadi......
Mengapa kau korbankan diri kau melayan lelaki tua yg berahlak buruk itu?"
Jawapan wanita itu amat mengejutkan AL-Ashma'i...
"Rasulullah bersabda,agama itu terdiri dari dua bahagian:..
SYUKUR DAN SABAR
Aku bersyukur sebab allah menganugerahkan aku kemudahan,kecantikan dan perlindungan..
Allah membimbingku untuk berakhlak baik..
aku telah melaksanakan separuh agamaku..
Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi iaitu...
......BERSABAR....

MUNGKIN CERITA INI JADI SATU PENGAJARAN..
NAMUN SABAR PUN ADA BATASNYA....
KLU DAH HILANG SABAR PILIHLAH JALAN TERBAIK....




Sunday, June 6, 2010

DAPAT CEK DARI NUFNANG.......

Salam semua kekawan...Dalam sibuk melakukan aktiviti harian hani mmg dah kurang blogwalking ni..kekadang ada masa je hani blogwalking tu pun dalam 2 atau 5 blog je yg dapat masuk lihat2 dan baca...
Ptg Khamis dalam keadaan penat baru balik dari offis ..terpandang peti surat ada 3 surat..capai dan campak atas sofa..sbb semua nama hubby..Surat yg nama Hani tau apa..he3 buku evon je la...
dah siap mandi baru la g tggok surat tu..bila buka je satu surat pertama terpandang satu cek..yg tertera nama nufnang..he3 ..suka sangat walau pun RM nya tak bayak pun..lepas la bli t-shirt dan jents ..ha3..

Berblog ni pun suka2 je bila dah dapat hasil walau pun sikit mmg rasa puas hati....tapi ni cek yg pertama Hani tggu cek yg kedua pula....
TUNGGU JE LA........