Klik-klik tahu, tolong menolong

Tuesday, August 31, 2010

RAGAM ANAK2 SEKARANG.......................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!


Tuesday, August 24, 2010

MAAFKAN HANI.....

salam....
Hati ni terasa resah sangat malam ni macam ada yang tak kena....
hani dah minta maaf dngan seseorang tapi macam tk di mafkan...mungkin perasaan tu masih ada sbb rasa bersalah hani ....yang buat seseorang terluka hari ini ...tapi ikhlas hani tak terniat pun nak sakiti dia..ia jadi macam tak di sengajakan.......itu lah perasaan yang susah dimengertikan.....

MAAFKAN AKU ............................................

KIRANYA TINGKAH KU MELUKAIMU......
KIRANYA SIKAPKU MENGUSIK JIWA MU...
KIRANYA KATA-KATA KU MENGANGGU EMOSI MU...

KADANG-KALA IANYA TANPA SEDARKU...
MUNGKIN JUGA DILUAR PENGETAHUAN KU....
MALAH SERING KALI TAK TERDUGA OLEH KU.....

TAPI KETAHUILAH OLEH MU....
AKU MEMANG SEDIKIT PUN TAK TERNIAT
WALAU SEBESAR ZARAH SEKALI PUN
UNTUK MELUKAIMU.....



semoga esok masih ada harapan.....untuk senyum dan riang seperti selalu....

AWARD.........

Terima kasih adik yusuf...sbb bagi award ni....atau lebih dikenali dngan
.......ULTRAMAN....
Nasib la mlm ni tak bizi sangat sempat la buat klu tak tak tau la bila nak buat....walau pun simple tetapi masa tak ada tu yang susah...
emmm....soalan nya pun senang je tak yah peningkan kepala...yang dah mmg pening hari ni.....
NYATAKAN MAKANAN KEGEMARAN BERBUKA DAN BERSAHUR.....
BENDA BERKUAH...SUPAYA TAK TERCEKIK....
MILO NGAN ROTI..KLU DAH TAK LALU MKN.....
KICAP TELUR.............
NASI GORENG............
SAMBAL UDANG.........
AYAM GORENG.........
SOTONG GORENG.....
Nak cari lima rakan nak di tag.....
tak tahu nak tag siapa...
huhuhu.......
dah siap......pada sesiapa yang hani tak ambil awad hani minta maaf bukan tak nak tapi hani dah lupa siapa yang kasi....sbb sibuk sangat....seingat hani mmg ada yang hani tak ambil.....
minta maaf k....

Sunday, August 22, 2010

SEKADAR PERKONGSIAN....

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas
selain terhibur anda fikirlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat
orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam..

Friday, August 20, 2010

CINTA......


Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi ,Cinta membawa penderitaan,tetapi Cinta tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,

” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”

Jawab titis air mata kedua tu,

” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba.

Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.

Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata

sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,

tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain

perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.........



Wednesday, August 18, 2010

AIR MATA RASULULLAH SAW......

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Renung-renungkan lah................

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADAN ....







Salam ramadan untuk semua umat islam.....
Hani sambut ramadan tahun ni meriah sangat.....dengan kekawan2...tapi mmg lain la kat negeri sembilan ni sambut ramadan ..macam sambut hari raya...siap buat lemang ..rendang..kuah kacang...semua ada....klu kat kampung Hani biasa je sambut ramadan tak de la buat apa2 pun...
satu hari kami gotong royong siapkan semuanya ...

Mula petang jumaat anyam daun kelapa buat ketupat beras......
ni orang yang pakar buat dia ..nampak senang je kan...

ni dah hampir nak siap...

he3..ni dah sebakul siap...sepetang mngayam ...Tapi Hani mngayam ni la jadi pula..lain sikit..

he3..jadi apa ni....yang pasti mmg Hani tak reti nak buat ..kna blajar lama sikit buat ketupat ni...
Besok dalam kul 10 mula la operasi memasak.....









Semua kja dah di bahagikan..ada yang perah santan..ada yang masuk daun pisang kat dalam
buluh...ada pula yang masukkan santan yang dah digaul dengan pulut kat dalam buluh yang dah siap dengan daun pisang....dah siap pun ...lemang dah boleh dibakar...

Ketupat dah dimasukkan beras di rebus dan siap jadinya...beras kna masuk pun separuh je takut nanti mentah pula..sbb tak dapat kembang beras tu terlampau padat...
Siap semua kat atas nak buat rendang pula..

Ni bahan nak buat rendang....Ayam dan daging dah siap di potong dah di basuh.....tunggu masuk dalam kuali je ...dalam penat2 buat semua tu sempat lagi kita orang memasak untuk makan tgah ari..masak simple je tapi bila dah ramai2 sedap pula..



Dah siap mkn mula la buat rendang.....tak yah la tunjuk mesti semua pandai buat rendangkan...

Jeng2 semua dah siap...yang atas tu rendang daging campur daun maman..klu kat kg Hani daun tu buat pijak2 je..tak tahu pula boleh dimkn..bila dah masak ngan daging sedap pula ...yang sebelah tu pula rendang ayam campur daun puding..rasa pahit2 sikit tapi sedap juga..macam maman juga daun dia ada rasa pahit2 sikit...yang lagi satu ni kuah kacang untuk dimkn ngan ketupat beras tadi..

Dah siap masak semua dah lepak borak2 sambil mkn..
best juga sama2 masak ..makan sama2...

Ni baru nak mula puasa....nanti hari raya...Rumah pula kna serbu....siap la...
.
.
.

Thursday, August 5, 2010

BETUL KAH ADA POCONG....

Salam semua.....
Hari ni Hani nak cita pasal pocong.....mesti semua org penah dengarkan...baru ni ada orang heboh2 pasal pocong kat tempat Hani ni..entah btul ka tak Hani pun tak tahu la..sbb Hani tak nampak sendiri ..Tapi ramai yang dah nampak..minta simpang la Hani mmg tak nak nampak pun benda2 cam ni....
Sebulan lepas belakang umah Hani ni ada org meninggal..tak yah la sebut siapa kan.. mengaibkan orang tu pula..entah dia ke tak pun Hani tak pasti...tapi ramai yang nampak mmg la (dia )orangnya..kkdang Hani terfikir.....knapa orang yang dah mati nak jadi pocong pula ..
pelik...pelik...
Tapi yang nampak pocong tu pak imam dekat kawasan Hani ni ..sampai demam pak imam tu kata mereka....pocong tu minta buka ikatan kat atas kepalanya....
aduh...nak ketawa pun ada...dengar cita cam tu...takut pun ada juga....
Lepas pak imam tu nampak ramai lagi la yang nampak...
semua orang dah takut kat kawasan Hani ni...
Ada orang yang mengatakan orang yang kebumikan dia lupa nak buka ikatan kat atas kepala dia ..sbb tu dia minta tolong orang bukakan...
yer ke....
sesiapa yang tahu tolong jawab kan......
macam2 Hani dengar cita pasal pocong tu....
cian pula pada arwah yang dah meninggal..anggapan buruk orang cita pasal dia....
Hani wat entri ni tak de maksud nak mengaibkan sesiapa......
saja nak kongsi cita pocong ni je...
jangan wat pocong tu marah kat Hani dah la....
takut la pula.....
sbb wat cita pasal dia....
Macam ni kah rupa dia...pic ni curi kat google je....


Tuesday, August 3, 2010

STREAMYX......OH....STREAMYX



Apa kena la pula dengan line tel Hani ari ni.....
tetiba je ..tut..tut..tut...macam apa tah jadinya..dengan line tak de..streamyx pun tak de line......
ohhhhhhhhhh.....geram betul.....
bila la nak ok pun tak tau.....harap2 tak la lama jadi cam ni sbb Hani nak blogwalking tak dapat ...
guna brodband line macam ....

berejam2 nak loding satu blog...bosan tuggu....
LAPORAN DAH DIBUAT TUNGGU JE LAAAAA.........

.
.
.
SABAR JE LA........

Monday, August 2, 2010

AWARD.........

salam semua...
Dalam malas-malas nak menconteng blog ni Hani dapat lak award yang comel....
Terima kasih bebanyak la kepada....

http://hakimu90.blogspot.com/
atau pun di paggil dngan ....HAKIMU ..

malas nak jawab soalan nya k.. so ...HANI NAK UCAP TRIMA KASIH JE LA...
Tentang blog (hannyskyleto)dan blog (hakimu)...
Dua2 cantik....cute dan simple.....
Terkejut ..opppp...
tgok awardnya ..yang cantik.....
Happy sangat dapat award ni..walau pun blog hani ni tak de apa yg menarik dan cantik pun...
Thank u sekali lagi...
Untuk bagi pada dua org hani tak tau nak bagi kat siapa lagi...
nanti2 la fikirkan....
...........
.
.
.
.
Yang kedua ni pula award friend ...
Trima kasih juga untuk OZZY....(http://ozzy2u.blogspot.com)

Nak bagi kat siapa pun hani tak tahu lagi....
simpan je la dulu award ni...
............