Klik-klik tahu, tolong menolong

Friday, October 8, 2010

JOM MAKAN...

salam semua....
Hari ni cutikan..anak2 tak sek..macam2 yang di minta nak mkn....tgah siap hani nak g kedai ..cari la kunci kereta..mana pula kunci kereta ni..semlm lepas naik letak kat tempat gantungnya..pagi ni dah hilang pelik la pula...tgah sibuk cari terdengar macam enjin keta dah berbunyi ..buka pintu tgok2 anak yang kecil si angah tersenyum kat dalam keta..rupa nya masa hani tgah mandi dia awal2 lagi dah hidupkan enjin keta...nak ikut la tu...
Sampai kat kedai ..ANGAH CAKAP..."Ibu angah nak makan mee la ibu?"..
Hani pun ambil la mee .."BUKAN MEE NI IBU"...Habis tu "MIHUN ke"....cakap Hani ...
BUKAN JUGA..."sambil angah gelengkan kepala"..
Benda apa yang angan nak ni..."Hani pun dah pening kepala"..
DAH SIAP HANI BELI BARANG BASAH...dah nak bayar baru angah cakap..
"MEE YANG KITA MAKAN KAT UMAH CIK ZIRA ARI TU"
(UMAH JIRAN HANI LA )..OOOOO
baru hani tau mee apa yang dia nak mkn...puas hani cari kat kedai kat sini tak de pula mee tu.....
setahu hani mee tu kat kedah je ada kut..."TAK DE LA ANGAH MEE TU KAT SINI"NANTI BALIK KEDAH IBU BELI OK...(HANI PUJUK DIA)..
Muka dah muncung...cian pula.. Cari juga kat pekan tapi mmg tak de jual...
Dah pusing2 tak de terus balik je la..sbb dah nak masak...jam pun dah tagh ari...
masa balik jiran tgah ampai baju cita2 la ngan dia yang si angah nak mkn mee tu....pas tu jiran cakap "ADA KAT UMAH SBB BALIK KEDAH ARI TU ADA BELI LEBIH"..jiran tu pun mmg orang kedah..."BOLEH LA JUAL KAT HANI SATU CIAN PULA ANGAH NAK MKN"
Memag ada rezeki angah....
Hani pun goreng la mee tu senang juga keja ..tak yah masak nasi sbb dah semua nak mkn mee tu je...nak masak nasi mlm nanti la pula......
klu malas mlm ni... makn kat kedai la jawabnya...

Ni la mee nya...kat plastik tulis mee sanggul..kat kedah mmg org panggil mee sanggul..klu kat tempat lain tak tahu la apa namanya...mee sanggul ni pun keras juga sebelum masak kna rendam dulu...sampai dah lembut baru boleh goreng...ingat masa arwah mak ada mmg dia suka makan mee sanggul ni..Hani pun suka gak ..tapi bila emak dah tak de terlupa pula mee ni sampai la si angah nak makan...
jom makan....

Thursday, October 7, 2010

BACA JE LA..

Salam semua...
NAK TANYA NI....
Perempuan yang nak dekat datang period kuat mkn tak...
Terasa Hani mmg kuat mkn rasanya..itu yang Hani rasa.....sbb selera makin menjadi2..
Tapi jangan risau kuat makan waktu tu tidak akan myebabkan badan kita gemuk...
wanita dengan gemuk mesti takut kan dengar..hehehe.....
Itu kerana...kandungan hormon progesteron pada tubuh kita jadi semakin meningkat..ini myebabkan metabolisme badan juga meningkat..
Metabolisme ialah proses pemakanan beralih menjadi jirim yang diserap untuk kegunaan anggota berkenaan bagi mghasilkan tenaga..walau pun kita mkn berlebihan pada waktu itu..
sistem metabolismenya juga bertambah..jadi berat badan tidak akan bertambah..
jangan takut untuk makan klu lapar pada waktu sebelum kedatangan period...

PENAH BUAT UJIAN KOLESTEROL TAK.....

Hati ni terasa teringin nak buat..tapi oleh kerana takut ngan jarum hehe...diam je la...ye la lepas raya ni macam2 kita mkn ..nak tahu gak kadar kolesterol kat dalam badan ni..bila kita dah tahu lagi senang kita nak mngubah diet..(jenis makanan yang boleh kita mkn)..
Bagi umur yang dah lebih 20 tahun tu memang perlu la buat ujian ni....
bila dngar nak kna ambil darah ..seram pula bagi yang penakut jarum cam hani ni...
siapa yang penah buat cuba bagi tahu sakit tak.....
bila baca pasal kolesterol ni takut juga...
sbb kandungan lemak yang berlebihan dalam darah boleh myebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah..keadaan ini boleh menyebabkan pembuluh darah jadi semakin sempit dan akibatnya tekanan darah meningkat....kes ni la boleh jadi darah tiggi kut...
siapa yang malas nak g klinik buat test...
untuk mencegahnya....

KURANG PENGAMBILAN GARAM..
Kurang pengambilan garam dalam mkn kita...tapi klu dah kna pyakit darah tinggi ni..elak kan la makanan yang terlalu bergaram ni....

SENAMAN JUGA PERLU...
Tak yah yang berat2 senamannya berjalan pun dah cukup baik..dapat 30 minit pun ok gak...
laku je yang ringan2..cita pasal bersenam ni dah lama hani pun tak bersenam...he3

PENGAMBILAN SAYUR DAN BUAH...
Makan la sayur yang hijau2 tu...tapi masak dulu la...
klu buah tak pe la..

TERAPI STRESS..
Terapi ni nak bagi kita tak marah2 bila dah marah darah pun naik la membuak2..orang tak kna darah tiggi pun membuak2 darah bila marah...susah nak control bila dah marah...

BERHENTI MEROKOK..
Siapa2 yang dah sakit tu bawak2 la berhenti merokok....
klu sayang badan la...klu tak sayang isap la bayak2...

JAUHI UBAT..
Kalau nak beli ubat kat kedai tu baik fikirkan la..
lebih baik dapatkan nasihat doktor tuk mkn ubat ni...mkn ubat sewenang2nya pun bahaya juga...

JOM KITA SAMA2 JAGA KESIHATAN....


Sunday, October 3, 2010

SUASANA JAMUAN RAYA KAT DALAM KEM....

salam semua.........
Lepas raya ni mood malas telah melanda....semuanya malas..nak blogwalking pun malas nak wat entry lagi la....entah apa dah jadi pun tak tau la... tapi hani selalu masuk gak kat blog kekawan baca entry dan klik walau pun hani tak tgal msej di box...
lepas balik dari kg ni ..bayak pula open house yang di buat kawan2 nak tak nak kna la pegi juga...
bila dah pegi biasa la..semuanya dimakan..bila dah kenyang ..mata pula main peranan...tu yang jadi bertambah malas tu.....
semlm last pegi jamuan raya kat kem...tahun ni rasa macam meriah sikit..
layan je beberapa pic yang hani ambil ni...
Ni masa mkn ..makannya boleh la tahan....yang bestnya budak2 la...
Dalam 20 minit tgah mkn..datang pula 2 orang badut naik keta mini comel...bawak belon apa lagi budak2 ni terus hilang..yang tgh mkn pun lari ikut si badut nak kan belon ...
suasana dah hiruk piruk jadinya dngan budak2...
bayak aktiviti yang dia org buat tapi hani tak dapat nak letak sbb pic dia kabur...biasa la tangkap guna tel kesayanggan je..huhuhu...
majlis selesai dalam kul 11 mlm...
ujan mula turun renyai2.. semua duduk kat dalam kemah sambil tgok bunga api last untuk penutup...

habis je bunga api meletup kat atas tu ...semua org bersurai..ada yang berlari2 ujan termasuk la hani..ujan dah mula lebat....

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA ......

SALAM SEMUA ...
Minggu ni ,,minggu terakhir semua orang dah bersiap sedia tuk balik kg...
kesempatan ini hani nak ucap selamat hari raya tuk semua kekawan...
hani dapat satu kad raya comel....
terima kasih
Adik TQAH yang comel...

Comelkan.....
kad yang bawah ni tuk semua kekawan dari Hani....

Doa dari Hani semoga semua kekawan bahagia dan gembira di hari raya ni ...

BERHATI-HATI DIJALAN RAYA...
SEMOGA SELAMAT TIBA....
JOM BALIK KAMPUNG.....

Tuesday, August 31, 2010

RAGAM ANAK2 SEKARANG.......................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!


Tuesday, August 24, 2010

MAAFKAN HANI.....

salam....
Hati ni terasa resah sangat malam ni macam ada yang tak kena....
hani dah minta maaf dngan seseorang tapi macam tk di mafkan...mungkin perasaan tu masih ada sbb rasa bersalah hani ....yang buat seseorang terluka hari ini ...tapi ikhlas hani tak terniat pun nak sakiti dia..ia jadi macam tak di sengajakan.......itu lah perasaan yang susah dimengertikan.....

MAAFKAN AKU ............................................

KIRANYA TINGKAH KU MELUKAIMU......
KIRANYA SIKAPKU MENGUSIK JIWA MU...
KIRANYA KATA-KATA KU MENGANGGU EMOSI MU...

KADANG-KALA IANYA TANPA SEDARKU...
MUNGKIN JUGA DILUAR PENGETAHUAN KU....
MALAH SERING KALI TAK TERDUGA OLEH KU.....

TAPI KETAHUILAH OLEH MU....
AKU MEMANG SEDIKIT PUN TAK TERNIAT
WALAU SEBESAR ZARAH SEKALI PUN
UNTUK MELUKAIMU.....



semoga esok masih ada harapan.....untuk senyum dan riang seperti selalu....

AWARD.........

Terima kasih adik yusuf...sbb bagi award ni....atau lebih dikenali dngan
.......ULTRAMAN....
Nasib la mlm ni tak bizi sangat sempat la buat klu tak tak tau la bila nak buat....walau pun simple tetapi masa tak ada tu yang susah...
emmm....soalan nya pun senang je tak yah peningkan kepala...yang dah mmg pening hari ni.....
NYATAKAN MAKANAN KEGEMARAN BERBUKA DAN BERSAHUR.....
BENDA BERKUAH...SUPAYA TAK TERCEKIK....
MILO NGAN ROTI..KLU DAH TAK LALU MKN.....
KICAP TELUR.............
NASI GORENG............
SAMBAL UDANG.........
AYAM GORENG.........
SOTONG GORENG.....
Nak cari lima rakan nak di tag.....
tak tahu nak tag siapa...
huhuhu.......
dah siap......pada sesiapa yang hani tak ambil awad hani minta maaf bukan tak nak tapi hani dah lupa siapa yang kasi....sbb sibuk sangat....seingat hani mmg ada yang hani tak ambil.....
minta maaf k....