Klik-klik tahu, tolong menolong

Monday, July 5, 2010

KEBOHONGAN IBU SATU KEBAIKAN..........

Apabila dikenang semula cara ibu mendidik kita mmg susah dilupakan...Jasa yg cukup besar dan tak ternilai...kkadang tuk menjaga hati anak ibu sanggup berbohong.....
Tapi ibu bukan mengajar anaknya tuk berbohong...sbb berbohong sesuatu perbuatan yang tidak terpuji.....tetapi dalam kehidupan seorang ibu berbohong jadi perbuatan baik dan perlu dilakukan...
sudah tentu ibu berbohong demi kebaikan.....
Bagaimana dikatakan seorang ibu itu berbohong...??????
cuba kita baca....kisah dibawah ni.....
.
.
Masih ingat tak lagi kehidupan kita yang dulu2 dilahirkan dalam kluarga yg susah....
ibarat kais pagi makan pagi...kais ptang makan ptang...
ibu ayah berhempas pulas tuk mencari rezeki buat anak2....
apa yg ada tidak pernah cukup...ibu akan mengagihkan makanan untuk anak2nya..
sambil myenduk makanan tuk anak2nya ibu berkata...

"MAKANLAH NAK,IBU TIDAK LAPAR..."

Itu kebohongan ibu yang pertama....!
Apabila kita semakin dewasa...ibu semakin gigih membantu ayah mencari nafkah...ibu menggunakan segala kemahiran yang dimiliki tuk menambahkan pendapatn...
ibu ke sungai memancing dapat kan ikan tuk tumbesaran anak2...
sepulang dari memancing ibu masakkan sup ikan yang segar dan membangkit selera sambil melayan anak2 makan,ibu duduk sambil mengutip sisa makanan yg menempel pada sisa ikan.
Ibu mencicip isi ikan yg tersisa.Kita melihat ibu seperti itu hati kita tersentuh..Apabila kita memperlawa ibu kita makan,ibu cepat2 menolak.....Dia berkata:.........

"MAKANLAH NAK ,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN....."

Itulah kebohongan ibu yang kedua....!
Sekarang kita sudah masuk sekolah menengah.Demi membiayai persekolahan anak2 ibu mgambil upah menjahit atau membuat jualan kuih..dapat la juga menampung keperluan sekolah
kala anak2 sibuk menelaah buku untuk menghadapi peperiksaan ibu juga tidak lelap mata menemani anak2 belajar sambil myiapkan tempahan apabila disuruh ibu tidur..Dia berkata:.......

"IBU BELUM MENGANTUK,CEPAT BELAJAR KEMUDIAN MASUK TIDUR..."

Itulah kebohongan ibu yang ketiga....!
Ketika peperiksaan ibu tidak pernah putus2 berdoa agar anak2nya berjaya...
malah ibu sanggup menghantar makanan tuk anak2 di sek agar anak dapat mgulankaji...
ibu sabar menunggu hingga loceng berbunyi...dan menghulurkan bekas makanan dan minuman..
ketika kita memperlawa ibu minum,apabila melihat ibu berpeluh2......Dia menolak:......

"MINUMLAH NAK ,IBU TIDAK HAUS...."

Itulah kebohongan ibu yang keempat....!
Setelah kematian ayah kerana sakit,ibu mengalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga....
dia lah ibu dia lah ayah.Melihat keadaan serba payah yang dihadapi ibu,ada insan yang baik hati membantu semua masaalah ibu baik masaalah besar atau masaalah kecil..Saudara melihat kehidupan ibu yang penuh sensara menasihatkan ibu untuk berkahwin lagi..tetapi ibu keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka...Ibu berkata:......

"SAYA TIDAK PERLU CINTA...."

Itulah kebohongan ibu yang kelima....!
setelah anak2 tamat dan semua telah bekerja,ibu yang tua sepatutnya bersara dari pekerjaan.Tetapi ibu tetap rela berkerja setidaknya berkebun dan menjual hasil tanaman dipasar...Kita yang sudah berkerja mengirim sedikit wang untuk membantu keperluan ibu..
tetapi ibu tidak mahu menerima wang itu malahan mengirim balik wang itu.... Ibu berkata:......

"TAK APA NAK,IBU ADA DUIT....."

Itulah kebohongan ibu yang keenam...!
Apabila kehidupan anak2 sudah berjaya,kita pun berhasrat untuk mengajak ibu tinggal bersama
Kita mahu membalas jasa ibu dengan kesenangan kerana ibu memang layak menerimanya...
Tetapi ibu yang baik hati bermaksud tidak mahu menyusahkan anak2nya...Ibu berkata:......

"TAK ADA SIAPA NAK JAGA AYAM ITIK DAN KEBUN....."

Itulah kebohongan ibu yang ketujuh....!
Semakin lanjut usia,kesihatan ibu semakin menurun.Ibu disahkan mengidap penyakit kenser dan perlu dirawat di hospital.Anak2 susah hati melihat keadaan ibu terbaring lemah dikatil setelah menjalani pempedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua,menatap satu persatu wajah anak2 dengan penuh kerinduan.Walaupun senyum yang tersebar diwajahnya nampak tawar kerana sakit yang ditahan.Nyata betapa penyakit itu menjamah tubuh ibu sehingga dia lemah dan kurus kering...Kita menatap wajah ibu dengan linangan air mata.Hati perit,sakit melihat ibu dalam keadan begitu...Tetapi ibu dengan tenang berkata:............

"JANGAN MENANGIS ANAKKU,IBU TAK APA......"

Itulah kebohongan ibu yang kelapan.....!
Setelah mengucapkan kebohongan yang kelapan itu ibu yang tercinta menutupkan matanya untuk yang terakhir kalinya........

Dari pada cerita ini adakah pernah berlaku pada kita....
kita rasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan ...
"TERIMA KASIH IBU"
Sedih sbb hani tak penah sempat tuk mengucapkan "TERIMAKASIH TUK IBU"
Namun ibu tahu hani sayang IBU....
Apabila kita sendiri sudah bergelar ibu ayah,kita lebih tahu apa perasaan ibu dan ayah kita terhadap anak2 nya..klu ada kesempatan lakukan lah yang terbaik untuk mereka..
Jangan ada kata menyesal di kemudian hari...
Hani SAYANG IBU....

19 comments:

Padin said...

Salam..
erkkk.... sangat menyentuh hati..

Ha,Along dengan Angah, dengar tu cakap Ibu korang.. ekeke.. Jangan degil2 tau

Banggakan lah Ibu..

terokai seni said...

pengorbanan ibu yang sukar dimengerti kecuali setelah kita bergelar ibu...

Yuyu Ali said...

3rd...kekekke

aishh tersentuh nya kak...thnx byk2 kak hani...tetibe trasa cm x sabo lak nk bglar ibu n bjasa utk anak2 nti...:)

Yatie said...

Salam Hani,
Memang tersentuh hati bila baca n3 kali ni....dulu kita pernah rasa hidup susah,tu yg terasa sngt...tapi anak2 skrng semuanya serba moden....tugas kita semakin berat utk mendidik anak2 di zaman ini...moga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat...Aminn.

MR Bang Miji said...

huhu..pagi2x. da sedey..huhuuhu.nice entry..

Ida Sazarina said...

tersentuh nana baca ni kak hani..
hurm..
thanx mengingatkan nana~ :)

ozzy said...

salam...
Hanya setelah kita bergelar ibu/bapa barulah kita memahaminya

MisterXWebz said...

Jadi ingat mama di kampung, I love you mama ...

l
l
v
MisterXWebz

Dzasc Skachers said...

yosh wadud setuju gak akak..:D
tapi kalau ibu wadud memang x suka makan ikan keli camner??
hahahaha.. main2 jer..:p

hamzah ian said...

mak gua syang gua lebih.. haha.. ari2 masak best.. ade kene mengene tak entri lu ni??

XYZ said...

tocey tocey tocey mnegingatkan ohhhhhh

Mr. Asada said...

sangat besar pengorbanan ibu.. ini kisah betul dari laluan hidup sendiri?

sangat2 menyentuh hati.. tQ mak...

zikrie said...

salam..x)
nice post..x)
semoga ada kebaikan utk semua..x)

kerangRebus said...

wah!tsentuh tol ..haih =_+

shameel Iskandar said...

rasa sayu dtg menyerbu kalbu bila baca entry ini. Benar sekali, ibu sanggup berdusta krn kasih sayang dan demi kebahagian anak-anaknya. Kasihnya ibu membawa ke syurga.

adiezaqistina said...

sungguh terharu...kerana setiap pembohongan ibu itu untuk menjaga hati anak..dan betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya...seperti kata pujangga...kasihnya....ibu sampai ke syurga...adakah kita anak2 ini sudah cukup membalas jasa ibu kita????renung2 kanlah

ira mohd said...

uhhh. so touching laa~
i luf my mother so much!!

diari budak johor said...

hm..seorang ibu yang saggup berkoban apa2 puwn demi anaknye...walaupuwn anak nye tidak mgerti perasaan ibu nye..sedihnye....

Che Armster said...

saya.terharu.serius.

*speechless*