Klik-klik tahu, tolong menolong

Tuesday, August 31, 2010

RAGAM ANAK2 SEKARANG.......................

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Who's next? My mother! Who's
next? My Mother!


10 comments:

Zaidah said...

klu nak balas jasa ibu n ayah memang tak ternilai harganyer..sanggup si anak berkira...huhuhuhu

FloEllen said...

sis, ellen tersentuk gak dgn n3 ni..sob sob..
thnaks for sharing ya...

Along25 said...

pengorbanan ibu lebih dari segalanya~

✿nenek moden✿ said...

hehe..sy syg mak sy..wlpn sy suka buat masalah..hehe

iqbalsyarie said...

Huhu...sedih..insaf T_T

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

Chaon Cornerz said...

jasa ibu lebih bermakna dan berharga dari segalanya.. kalau la ibu minta balik apa yang pernah diberinya, anak2 pun takkan mampu nak balas.. sebab tue ibu mempunyai sifat penyayang.. sayang ibu sy.. hehhe..

ain said...

haih,...anak2 zaman sekarang....

Tomato Gurl's Life said...

sayu baca but sweet...saya sayang mak saya!

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

kak hani,,,,waaa entry sgt menarik,,,dan MAKAN DALAM

ozzy said...

Salam..
Ada juga anak-anak yg begitu..terlalu berkira dengan emaknya...apapun terpulang pada emaknya utk menangani anak2 yg sebegini..semoga anak2 kita dijauhi sifat seperti ini...menarik.