Klik-klik tahu, tolong menolong

Sunday, August 22, 2010

SEKADAR PERKONGSIAN....

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan
membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas
selain terhibur anda fikirlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat
orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam..

10 comments:

Ustaz Love said...

penembak tu mungkin bermazhab hanafi... sbb kalau bermazhab syafie, semayang jumaat tu tak sah.. sbb tak cukup 40 org jemaah.. hehe.. just joking ;)

Su said...

simple je cite ni tapi bermesej.. :)

iqbalsyarie said...

Kalau saya pun saya lari~sbb solat boleh dilewatkan jika ada sbb yg mengizinkan,sprt ancaman nyawa...wallahu'alam~


Cerita terbaru di blog: Sebab-sbb jahiliyyah!

Aidi-Safuan said...

bukan biasanya manusia lupakan tuhan bler dalam senang ke?

Black: said...

hampeh tol 2 org tu.. dia pun tak join semayang jumaat.. sbb lepas tu dia blah.. kasi report polis la bonda..

Rashid said...

salam

Nasib baik 2 orang tu tak tembak mereka yang lari dari sembahyang jumaat .. dan biarkan 20 yang ada utk teruskan solat..

Chaon Cornerz said...

kalo iman betol2 kukuh takkan sanggup orang nak tinggalkan jemaah.. berguna info nie.. menguji keimanan sebagai umat islam nie..

aibaks said...

setuju gak dgn ustaz love tuh...tak cukup 40 orang utk solat jumaat..klu solat biasa leh kot..

s[y]azwa[n]i said...

yela..syarat sah semayang jumat kne 40 org jemaah..eish 2 org tuh.kan dah tak boleh nak semayang jumat.

tengkusri said...

lagi lawak bila aku membebel kat murid suruh solat... ada yang jawab saya solat juga maghrib hari-hari...ayah saya gi solat jumaat seminggu sekali je...adus pening kepala dengan generasi sekarang...